Juara XLC Pro League Season 1
Oleh XLOKALCLUB · · 2 min baca

Juara XLC Pro League S1 buat kali pertama!
Juara XLC Pro League
Selesai sudah liga XLC Pro League buat kali pertama yang dianjurkan oleh X Lokal Club dengan kemasukkan 104 pemain 8 group 13 pemain satu group.
8 pemain setiap group layak ke pusingan 64 kalah mati. Dan Akhirnya, dari 104 pemain yang ke final adalah Abbasmy_ dan TCSExVarrez.
Final ini menggunakan format Best of 3, iaitu 3 Set.
Set yang pertama berpihak kepada Abbasmy_ dengan keputusan 3-2 selepas keputusan seri 2-2 di 90minit dan diheret ke extra time.
Set yang kedua sangatlah dramatik apabila TCSExVarrez ketinggalan 3-2 pada minit 90minit dan berjaya bangkit dari ketinggalan dengan masa tambahan hanya 3 minit sahaja. TCSExVarrez berjaya mendapatkkan (2)dua gol dalam masa 3 minit yang terakhir dan membuatkan kemenangan untuk set yang kedua berpihak kepada TCSExVarrez dengan keputusan 4-3.
Set yang terakhir adalah penentu apabila keputusan 1-1 yang dicatatkan kedua dua pemain itu di set yang pertama dan kedua diheret ke perlawanan yang ketiga. Untuk perlawanan yang ketiga, berpihak kepada Abbasmy_ apabila meledak 5-0 membalas kritikan penyokong yang mengatakan hilang identiti di set yang kedua. Ia juga yang tidak beri saingan sengit daripada TCSExVarrez, apabila tidak menjaringkan mahupun satu gol di perlawanan yang terakhir.
Untuk makluman, Abbasmy adalah Naib Juara kumpulan dan TCSExVarrez berkedudukan no.3 di peringkat kumpulan. Kedua kedua pemain akhir bukanlah dari Sang Juara Kumpulan, tetapi mampu mencatatkan sejarah apabila mampu ke titisan yang terakhir di peringkat akhir.
Rekod perlawanan Abbasmy_ daripada peringkat kumpulan adalah 9W 2D 1L dan memungut mata sebanyak 29 mata berbeza 1 mata sahaja dari Juara Kumpulan H.
Di peringkat 64 Kalah mati, Abbasmy berdepan dengan *MINYAKGAMAT* dan keputusan mencatatkan kemenangan 6-1 ke atas minyak gamat. Sekaligus menempah tiket ke peringkat 32.
Peringkat 32 berdepan dengan Pemain *IKIEMASANE* dengan keputusan 5-4.
Peringkat 16 Juara XLC Pro League S1, Abbasmy_ berdepan dengan *NEWBEE* dan merekodkan keputusan 5-1 menang mudah dan menempah ke round 8 quarter final.
Peringkat Suku Akhir mencatatkan kemenangan 3-1 dengan Pemain *Limessi* dan Separuh akhir menang ke atas 03lucky dengan keputusan 2-0.